Quantcast
Channel: Usahawan Perniagaan Internet » Isu Semasa
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4

Harga Emas Capai Paras Tertinggi!

$
0
0

8 Oktober 2009 – HARGA emas mencecah paras tertinggi kelmarin apabila nilai dolar Amerika Syarikat (AS) jatuh berikutan hasrat negara Teluk untuk berhenti menggunakan mata wang berkenaan bagi urus niaga minyak.

Dalam dagangan semalaman di New York Mercantile Exchange, harga emas mencecah AS$1,045.00 seauns, manakala dagangan awal di London Bullion Market semalam menyaksikan harga komoditi itu meningkat kepada AS$1,043.78, melepasi paras rekod tertinggi sebelumnya, AS$1,032.70 yang dicatat pada Mac 2008.

Penganalisis logam berharga Barclays Capital, Suki Cooper, berkata kelemahan nilai dolar AS ada hubungan dengan laporan mengenai perbincangan rahsia untuk melaksanakan urus niaga minyak dalam sekumpulan mata wang termasuk emas, tetapi tidak termasuk dolar.

“Kenyataan itu menambah kebimbangan terhadap peranan masa depan dolar AS dalam pasaran kewangan antarabangsa,” kata Cooper di London.

Kedudukan masa depan dolar AS sebagai mata wang utama dunia kini diragui apabila laporan menyatakan negara Arab melancarkan rancangan rahsia dengan China dan Russia untuk berhenti menggunakan dolar dalam dagangan minyak.

Akhbar harian British, The Independent, melaporkan negara Arab telah memulakan langkah berkenaan dengan China, Russia, Jepun dan Perancis untuk memberhentikan urus niaga minyak menggunakan dolar AS.

Laporan itu bagaimanapun dinafikan oleh Kuwait dan Qatar serta dilaporkan juga negara lain.

The Independent dilaporkan berkata: “Dalam perubahan kewangan paling mendalam dalam sejarah Asia Barat, negara Teluk bersama China, Russia, Jepun dan Perancis, bercadang untuk mengakhiri dagangan menggunakan mata wang dolar AS.

Negara berkenan sebaliknya akan menukar kepada sekumpulan mata wang termasuk yen Jepun dan yuan China, euro, emas dan mata wang baru yang dirancang dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC), termasuk Arab Saudi, Abu Dhabi, Kuwait dan Qatar.

Emas yang dinilai sebagai pelaburan paling selamat, sejak beberapa bulan lalu kembali mendapat perhatian apabila ekonomi global bergelut dengan krisis paling teruk dalam tempoh beberapa dekad.

Permintaan emas melonjak didorong kelemahan nilai dolar, yang menjadikan komoditi yang diniagakan dalam mata wang dolar menjadi lebih murah kepada pemegang dalam mata wang yang lebih kukuh, sekali gus meningkatkan permintaan.

Emas turut mendapat sokongan daripada kebimbangan terhadap inflasi yang lebih tinggi kerana logam berkenaan disifatkan oleh pelabur sebagai simpanan nilai paling selamat.

Bulan lalu, perunding logam berharga GFMS memberi peringatan mengenai perkembangan semasa aliran kenaikan harga emas mungkin tidak akan berkekalan jika pakej rangsangan global gagal meningkatkan permintaan lemah dalam ekonomi yang bermasalah hingga menyebabkan penurunan inflasi. – AFP

Sumber: Berita Harian


Adakah anda tahu tentang pelaburan emas? memang ramai orang yang tidak mengetahui tentang pelaburan emas. Atas sebab itulah team Rahsiaemas berusaha mengeluarkan ebook yang memberikan panduan lengkap mengenai pelaburan emas yang sebenarnya. Anda bukan sekadar mendapat ebook, tetapi akan dibimbing sehingga pandai oleh pakar pelaburan emas, iaitu En Syukor Hashim. Dapatkan Ilmu Pelaburan Emas Pertama Di Malaysia di link di bawah.


Harga Emas Capai Paras Tertinggi! is a post from: RezqiDotCom | Blogku Rezekiku | Rezeki Ada Di Mana-Mana

Entri Komen Tertinggi


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4

Trending Articles